Jumaat, 22 April 2011

CUSTOM DESIGN KAD KAHWIN

  


nak yg design terbaru daripada kami.. cer klik ni KAD KAHWIN MURAH

BILA WAKTU SESUAI MENEMPAH KAD KAHWIN

Bagi bakal pengantin yang tak penah ade pengalaman masih tertanya-tanya bilakah waktu paling sesuai utk mereka menempah kad perkahwinan. Sebenarnya anda digalakkan menempah kira kira 2-3 bulan lebih awal sebelum tarikh perkahwinan.Kenapa?????
Menempah di saat-saat akhir mungkin akan menyebabkan tempahan anda ditolak. Terutama sekali jika anda berkahwin di musim cuti persekolahan. Waktu itu memang ramai pasangan yang akan datang menempah terlebih awal. Ini bagi mengelakkan kelewatan dan agar kad dapat diedarkan dengan sempurna.

Menempah di saat akhir juga banyak keburukannya. Bukan sahaja anda lewat mendapat kad kahwin yg ditempah tetapi anda juga kesuntukan masa untuk mengedarkan kad jemputan kahwin. Kesilapan tulisan dan ayat juga mungkin berlaku pada kad kahwin jika kelam kabut menyemak draf kad yg dibuat. Segalanya akan jadi serba tak kena. (Biasa terjadi kalu last minutes nie...) pernah jugalah ter jadi cam ni kelam kabut kita dibuatnya.. so bakal pengantin harap tempah kad tu awal sikit la kan..

Menempah kad perkahwinan terlalu awal juga kadang-kadang mendatangkan masalah juga. Mungkin anda akan bertukar tarikh dan tempat yg kita tidak ketahui di masa hadapan. jadi untuk lebih selamat dapat je tarikh yang pasti terus pergi tempah kad, nak berfikir untuk pilih kad pun lebih tenang dan pilihan lebih berkualiti sesuai dengan bajet.

Jadi buatlah perancangan sebaik baiknya sebelum anda menambil kata putus menjemput sanak saudara, rakan & sahabat ke majlis gemilang yang bakal anda raikan nanti.

Pastikan yang terbaik untuk anda dan pasangan anda...serta kaum kerabat anda dan pasangan anda... sekian..

TIPS PENGANTIN BERTUDUNG

Ketahui pilihan pengantin bertudung



Cara pemakaian tudung untuk majlis pertunangan
Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan, anda mempunyai tiga pilihan cara pemakaian tudung untuk konsep muslimah. Asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Anak tudung mempunyai ‘awning’ antara yang sentiasa menjadi pilihan. Ia berlaku kerana anak tudung ini senang dibentuk dan boleh menutup kekurangan bentuk muka bulat dan bersegi. Selain itu, anak tudung manik berikat belakang tanpa ''awning'' pula sesuai dipakai oleh anda yang mempunyai bentuk muka yang panjang dan bujur. Bagi pemilihan fabrik anak tudung seperti shantong, sutera thai, lace, span, dan jersi amat sesuai. Manakala warna yang sesuai pula, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Tiga pilihan cara pemakaian tudung tersebut ialah:

Moden

Fesyen Gipsi
Fesyen Gipsi digayakan dengan memakai anak tudung berikat di belakang. Anda boleh menggunakan sehelai tudung dan buat ikatan bunga di tepi dan letakkan sehelai layah.

Sopan dan anggun
Bagi yang memilih konsep ini pula, anda boleh menggunakan sehelai selendang dan anak tudung yang boleh diikat ke belakang. Anak tudung mestilah mempunyai ‘awning’. Cara ikatan mestilah menutup bahagian keseluruhan dada dan leher. Seterusnya boleh menggunakan selendang panjang dan letakkan di bahagian tengah kepala. Pastikan selendang tersebut pendek di bahagian kanan dan dipinkan di dagu. Selepas itu, tarik hujung selendang dan bawa ke kiri. Bentukkan separuh bulat. Letakkan layah di bahagian belakang kepala agar lebih anggun.

Moden Kotemperari

Pasangan mempelai kini lebih gemar memilih konsep moden kontemporari. Bertepatan dengan konsep ini, anda boleh menggunakan kain daripada fabrik net dan kain sifon. Cara pemakaian tudung yang bertepatan dengan konsep ini pula adalah dengan menggunakan sehelai kain net. Lilitkan di kepala dan ambil pula lapisan yang kedua dan letakkan tudung daripada fabrik sifon. Lipat dan bentukkan separuh bulat. Pastikan ‘awning’ yang dipakai dibentukkan sedikit V agar nampak muka kelihatan lebih panjang. Seterusnya, buatlah sanggul di bahagian tepi. Letakkan aksesori yang sesuai seperti kerongsang dan sanggul agar seri pengantin anda bertambah cantik.

Cara pemakaian tudung untuk majlis pernikahan
Kebiasaannya majlis pernikahan diadakan secara sederhana dan menepati kehendak agama. Cara pemakaian tudung juga lebih sopan dan semestinya menutup di bahagian dada. Lebih elok jika anda mengelakkan fesyen yang keterlaluan, tambahan pula jika majlis pernikahan diadakan di masjid. Bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika tudung yang dikenakan, tampak sopan dan ayu. Selain itu, pemillihan layah pula mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul. Terdapat beberapa tip dan pilihan gaya tudung yang boleh disesuaikan untuk majlis pernikahan.

♥ Ikatan tudung berbentuk V
♥ Ikatan tudung berbentuk separuh bulat
♥ Ikatan runcing di bahagian tepi

Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu sebagai
pengantin muslimah. Ia juga mengikut kesesuaian bentuk muka dan warna kulit pengantin. Warna-warna pilihan untuk majlis persandingan ialah kelabu, biru gelap, coklat, hijau lumut, hijau pucuk pisang, ungu nila (lavender), merah dan hitam serta merah dan putih.


Pilihan busana pengantin bertudung
Pemilihan busana untuk pengantin bertudung sangat penting agar konsep yang dipilih selari dengan gaya seorang pengantin muslimah. Pengantin yang ingin bergaya sopan dan anggun mempunyai pilihan fabrik yang sesuai dengan konsep yang tidak mahu menonjolkan susuk badan. Anda perlu berhati-hati untuk menempah fesyen busana agar semasa menggayakannya tidak terasa kekok ketika membawa imej seorang muslimah. Antara fabrik yang boleh dipilih ialah sutera satin, sutera thai, shantong dan sifon yang diletak ‘lining’.

Busana majlis pertunangan:
♥ Kurung moden
♥ Kurung berfesyen
♥ Kebaya
♥ Kurung Johor
♥ Evening dress
♥ Evening garden
♥ Jubah moden
♥ Jubah labuh
♥ Kurung Pahang

Jenis-jenis fabrik untuk majlis pertunangan:
♥ Organza
♥ Sutera satin
♥ Sutera thai
♥ Shantong
♥ Sutera siffon
♥ French lace

Pilihan konsep sopan dan anggun, untuk majlis pernikahan ialah seperti:
♥ Kurung Johor
♥ Kurung Pahang
♥ Kebaya labuh
♥ Jubah labuh

Busana untuk majlis persandingan:
♥ Jubah moden
♥ Gaun moden
♥ Kebaya moden
♥ Kebaya kain aline
♥ Evening dress
♥ Kurung moden

Pemilihan fabrik untuk persandingan boleh dipilih dari jenis yang sama dengan majlis pertunangan. Gunakan fabrik daripada jenis duches satin, sutera net dan organza untuk pilihan yang tepat.

Aksesori
♥ Majlis pertunangan
♥ Kerongsang
♥ Cekak kepala
♥ Rantai & Subang
♥ Gelang tangan

Majlis pernikahan
♥ Rantai panjang
♥ Kerongsang tudung
♥ Cincin & Gelang

Majlis persandingan
♥ Mahkota
♥ Rantai
♥ Subang
♥ Gelang
♥ Kerongsang tudung

Solekan pengantin bertudung
Pengantin bertudung boleh memilih gaya dan jenis solekan mengikut kesesuaian konsep dan tema majlis. Solekan tersebut haruslah dipadankan dengan majlis bertunang, pernikahan dan persandingan. Cara solekan semasa majlis-majlis tersebut tidak banyak perbezaan. Ia mungkin mengikut kesesuaian waktu dan tempat majlis. Jika diadakan di dewan dan waktu malam, solekan agak tebal dan menyerlah daripada biasa. Manakala jika majlis dilangsungkan di rumah, eloklah
jika tidak mengenakan solekan yang tidak keterlaluan. Solekan pengantin bertudung semestinya boleh menyerlahkan keayuan, kelembutan dan keserasian wajah bakal pengantin. Jika keadaan kening tidak teratur, pengantin bertudung boleh memilih sama ada ingin membentuk sedikit kening ataupun tidak. Jika tidak jurusolek boleh menggunakan teknik menggunakan konselor pada bahagian atas mata.

SUMBER(http://www.pesonapengantin.com.my)

Persalinan Indah Sang Teruna

Persalinan Indah Sang Teruna
Di hari persandingan yang bakal tiba, pastinya sang teruna mahukan kelainan untuk tampil bergaya. Busana lelaki tidak semudah yang disangka untuk dicari seperti busana perempuan. Lazimnya, Baju Melayu, sampin dan juga aksesori lain dijadikan pilihan untuk sang teruna di majlis persandingan. Kali ini, idea-idea khusus untuk busana sang teruna diberikan untuk anda yang masih tercari-cari. Busana ungu digayakan dengan sampin yang diikat di bahagian luar. Rona ungu yang kian diminati kini, pastinya menjadi hangat di samping puteri yang turut tampil sedondon. Jadi, pemilihan aksesori khusus untuk baju ala pahlawan ataupun baju melayu perlu seiring agar tidak janggal setelah dipakai nanti. Kerongsang, pending, dan juga keris antara aksesori utama yang perlu dipakai oleh sang teruna bagi menampakkan kegagahan di hari persandingan.


Busana ala pahlawan berwarna hijau ini sesuai untuk sang teruna yang inginkan kelainan. Pastinya kacak bergaya di samping puteri idaman. Untuk kelihatan lebih formal, bolehlah menggayakan kot ini dengan pemakaian ‘bow’ daripada rona kelabu. Kelihatan kemas dengan pemakaian kasut berwarna putih. Lebih elegan dengan pemakaian busana ini di samping pemakaian tali leher daripada rona terang. Lain daripada yang lain, tambahkan kerongsang di tali leher untuk
menambahkan keserian si pemakai. Jika memilih untuk memakai kot, aksesori yang dipakai juga perlu bersesuaian. Tali leher, ‘bow’, napkin, dan kafling antara aksesori yang menjadi pilihan.

Baju Melayu Masih Menawan Kalbu
Sesuai dengan padanan busana pengantin muslimah tentunya baju melayu lengkap untuk bakal suami tersayang. Anggun sopan bergaya muslimah disamping pelengkap baju tradisional pilihan ini. Saluti tubuh sasa dengan warna tema walaupun sesekali tampak ringkas namun disulami penuh makna.

Jumaat, 1 April 2011

BUKU TETAMU/ GUESTBOOK PATUT KE TAK PATUT?

Patut ke tak patut? sejak dua menjak ni ramai pulak yang membudayakan buku tetamu ni dalam majlis perkahwinan mereka.. majlis perkahwinan di Malaysia ni pun semakin hari semakin bermacam-macam mengikut peredaran waktu dan citarasa semasa..
Bagi saya tak salah rasanya kita mahukan kelainan di hari bahagia kita, memang la tiada dalam budaya kita orang melayu buat benda-benda ni semua tapi ape salahnya kita buat lain sikit dari biasa kan selagi tak menyalahi agama tu oklah tapi dalam majlis kita tetap ade kemelayuanye kan masih tak lari lagi cuma sedikit penambahan.
Seronok jugak ade buku tetamu ni kita boleh baca selepas selesai majlis bukan apa almaklumlah raja sehari mane nak sempat nak jumpa semua orang kan.. jadi dengan adanya buku tetamu ni kita dapat tau sape yang datang ke majilis kita tu.. Nak lagi menarik anda boleh masukan gambar mereka sekali dengan menyediakan satu sudut menulis buku tetamu beserta sudut fotografi. sekarang pun dah ada perkhidmatan yang menyediakan pakej sebegini.. Ok meh lihat macam mana rupanya tu..





menarik bukan??.. anda bole DIY sendiri ikut bajet anda kalau rajin la.. kalau x rajin meh saya kongsi link yang menyediakan khidmat buku tetamu + photografi untuk buku tetamu ni k.. 

KLIK SINI